19 Julai 2010

Tag Dari BLUE CRYSTAL

Tag dari Blue Crystal aka ANNAZANARIAH

Thxs anna..sebab sudi tag k ros yerk..hu2..dah kena dah…hiks2..jom kita tgk apa yg k ros kena tag ye..



Adakah anda rase anda hot?

Hiks2..k ros HOT kah? Hu2..tak kot sebab k ros nih cool jer orgnye..he2…


Bile kali terkhir sy mkn pizza?

Erm.yum2..PIZZA? seingat k ros sebulan yg lalu kot…


Lagu terakhir yg saya dgr?

Jika Kau Tak Datang (Dato’CT) hiks2..


Ape yg anda wat selain menyelesaikn tag ni?
Hu2..k ros tengah baking..ish2 kacau betul la anna ni..terpaksa la k ros tinggalkan baking k ros tu dulu untuk jawab tag anna ni..jangan mare ya anna..k ros gurau je ye..hiks2.


Selain name sndri, anda dipnggil nme ape?

Rose atau Ros…he2..bunga mawar tuh..


tag 8 org.

1. Mijie http://mymijie.blogspot.com/

2. Imesra http://imesra.com/

3. Mieza http://nurmieza80.blogspot.com/

4. Shiorila http://shiorila.blogspot.com/

5. Cindir-Rela http://akuyangdiminatiramai.blogspot.com/

6. Apek http://faisalrozi.blogspot.com/

7. Ummi Iman - pesanan untuk ummi..maaf yer..ros cari link ummi tak jumpa..kalau terbaca entry nih..minta tlg ping box ros ye..tq

8. Bie http://bieaz.blogspot.com/

siapakah no 1 kpd anda

Rakan seperjuangan di alam maya yg byk memberi info dan tips2 dalam blognya…do the best “BRO…”

Katakan sesuatu mengenai org no 5

K ros suka ke singgah ke blog cinder –rela ya..sebab beliau seorg yg sgt2 kreatif dlm apa jua yg beliau lakukan ya..do the best Cindir…


no 3 ada hubungan ngn siape?
ish2..tak leh bgtau..rahsia nih..



Bgaimana pula ngn no 4

seorg yg amat rajin melawat blog kwn2 dan tak pernah jemu2 menyertai GA Contest..very2 supportive dengan semua kwn2 bloggers ya..


Pesanan buat org no 6
Jangan lpe yer..singgah2lah selalu ke blog k ros ye..apek..wa caya lu..hiks2…


Kata2 cinta utk org no 2

K ros amat menyintainya sebagai seorg adik dan kakak ye..beliau selalu je terjah ke blog k ros tgh2 malam..hu2..


Adakah nO 7 & 8 mempunyai persamaan?

Ada..seorg wanita yg amat teguh pendiriannya..dan juga agamanya..


Berikan 5 yg anda tau ttg org yg men-tag anda.

1. seorg yg periang dan peramah..

2. hiks2..orgnya kiut dan comel jer..betul ke ni..he2..betul ler tu kan…

3. selalu jer singgah ke blog k ros dan yg bestnya anna ni selalu bertanya khabar kepada k ros nih..tq anna..

4. Masih menuntut di U..maaf anna k ros tak tahu lak U mana anna belajar..hu2..jgn mare ye..nanti kena jual..hu2..

5. seorang yg rajin menyertai GA Contest dan juga aktif berblogwalking..good job anna..keep up yr good work ya..

Perasaan anda wat tag ni.
Erm..gembira + sedih sebab anak masih sakit..hu2...

18 Julai 2010

TQVM Leena





Tqvm Leena..Leena order dekat ros MCB yg promosinye 2 units...nak dijadikan citer anak ros pulak ada sedikit kemalangan..sian Leena nak datang ambek kat umah ros pun tak jadi..disebabkan ros terpaksa berkejar ke hospital untuk rawat anak ros..akhirnya ros ambil keputusan g hantar je kat Leena..sebab Leena pun ada baby kecik..sian jugak kat Leena..apa2pun Leena thxs ya sebab faham & supporting..tqvm juga sebab sudi order ngan ros..walaupun ada kekurangannya..ros minta maaf byk2 yer almaklumlah..accident yg terjadi tuh tak disengajakan...apa2pun Leena jgn serik ya order ngan ros lagi hiks2..thxs sekali lagi pada Leena & suami tentang info "Tukang Urut" tu ya..hiks2..apa2pun dah selamat..alhamdullilah...pada yg nak mengoder2 bolehlah sms/kol ros ye..Dan ini komen Leena yg ros terima ya:-
pada 18hb Julai pukul 11.55 ptg
Salam Ros anak mcmna???ok dh ker???Sedap td MCB tuh, if promosi abis agak2 brapa harga ;)) ingat nk order lg nnt gtau lein kat Ros ok...thks

16 Julai 2010

Tq Citarasawan..

Saya Suka Blog Kak Wan Kerana….

Assalamualaikum..semua..hari nih k ros nak tulis satu entry tentang satu blog masakan nih iaitu Citarasawan..memang k ros suka sangat jenguk2 Blog Citarasawan nih..byk sgt resepi2 yg boleh kita kongsikan dan manfaatkan bersama…wah2..best gitu..Nih nak citer sket blog Kak Wan nih mcm2 ada..mcm Tagline ASTRO tuh..hu2..Dari sekecil2 resepi ke sebesar2 resepi..semuanya ada disini..jika kawan2 semua nk cuba..bolehlah ke Blog Citarasawan ya..Tq kak wan..sebab sudi berkongsi resepi dengan kita semua ya..

Contest Dari Cindir-Rela



Hi2..semua..ni pulak Entry Contest dari blog Cindir-Rela ye..sesiapa yg berminat nak join..leh la ke blog Cindir ya..ha..nak entry gedik2 uols?..k ros tak pandai ler..hiks2..tp apa2pun k ros try my best ya..Erm..nak cite sket je tak byk tau pasal Cindir nih..Cindir nih orgnya..periang..suka joke..ketawa dan very2 humble lah gitu2..tu yg k ros suka sgt dengannya..hiks2..nak kata Cindir nih gedik..tak pulak k ros rasa mcm tuh..sebab cindir nih ada keistimewaannya tersendiri..walah gitu..erm..bodek tuh..hiks2..taklah secara jujurnya dari pandangan k ros she is..very good person ..dan k ros amat senang deal dgnnya..to Cindir TQ for da contest ya..tak menang pun takpe..janji k ros cuba..hiks2...

15 Julai 2010

Pau Kacang Merah



Salam semua..hari nih ros ada wtkan Pau Kacang Merah untuk MIL ros ye..hiks2..Jadi,kalau kawan2 nak try wat bolehlah ikut resepi di bawah nie yer..Tq to Mokwonik sebab sudi share resepi nih ye..ros C&P yer Mokwonik.harap halalkan yer..hu2..pada sesiapa yg malas nak wat tp nak cuba2 makan..bolehlah order2 ngan ros ye..hiks2...Jom kita tgk resepinyer ye...

Pau Kacang Merah

Bahan-bahan :

1 kg tepung pau

11 gm yis kering Mauripan

20 gm serbuk penaik double action

110 gm gula kastor

50 gm shortening (lemak putih)

15 gm ovalet

550 ml air

1 sudu teh garam (mokwo tambah sendiri)

Inti :

Serikaya, kelapa atau kacang merah


Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.

2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.

3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.

4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.

5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.

6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.

7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.

8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.

9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.

10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.

11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.

12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.

13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

14 Julai 2010

GA Untuk Mr Bani


Entry kali nih ialah GA special untuk Mr Bani..my good friend..hiks2..to Bani,TQ so much ya..u have help me a lot before...and wish u good luck always..ok..pada rakan2 blogger atau follower2 ros yg nakkan GA mcm nih..rajin2lah lawat blog ros ye..kalau sudi juga bolehlah follow ros sekali yer..hiks2..Insyallah ada lagi GA nih yg belum ros lunaskan..to ummi iman..tungguuuu yer..tq to alls..

13 Julai 2010

Tempahan Kuih Raya Kini Dibuka


Biskut Cornflakes Milo RM20.00 (45-50pcs)



Biskut Kristal RM20.00 (45-50pcs)



Biskut Almond London RM20.00 (45-50pcs)



Biskut Dwi Coklat Chips RM20.00 (45-50pcs)



Butter Cookies RM20.00 (45-50pcs)



Biskut Dahlia RM20.00 (45-50pcs)



Tart Gulung RM20.00 (45-50pcs)



Biskut Sesame White RM20.00 (45-50pcs)

KINI DIBUKA..TEMPAHAN KUIH RAYA ROS2010