22 Julai 2010

Bun Kacang Merah





Erm..entry kali nih..ros masukkan roti bun kacang merah/kaya/daging & leh buh mcm2 lagi la..ikut suka kita ler apa nak letak kat dalam bun tuh ya..he2..sapa2 nak cuba wat leh la ke MYR tgk resepinya ya...tq to shartiyah ya sb sudi kongsi resepinya dengan kita...ros minta izin ya..C&P kat cni untuk dkongsi bersama..kepada kawan2 yg malas nak buat tapi nak try2 rasa..lehlah order2 ya ngan ros hiks2...

Roti Bun Kacang Merah Atau Daging Dan Juga Sekaya

Bahan-bahan ( 20-30 biji )


  • 300g tepung high protein@tepung roti
  • 200g tepung low protein@tepung gandum biasa
  • 100g gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu bread improver
  • 1 biji telur (kuning telur)
  • 60g margerine
  • 250ml susu segar
  • 11g yeast (yeast serbuk)
  • 1/2 sudu bread softener (kalau nak roti jadi lagi lembut)

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar dengan low speed selama 5 minit.
  2. Kemudian putarkan doh dengan high speed selama 10 minit.
  3. Keluarkan doh dan uli sebentar (uli dengan lembut).Tambahkan sedikit demi sedikit tepung jika doh terlalu lembut.
  4. Potong doh menjadi 20-30 biji, kemudian bentukkan bulat-bulat doh tersebut.
  5. Ambil sebiji demi sebiji doh tadi dan ulikan menjadi sederhana leper. Dengan menggunakan jari,leperkan bahagian tepi doh tadi. Lastly masukkan inti kacang merah.
  6. Biarkan doh tadi kembang selama 40 minit.
  7. Sapukan dengan telur, bakar dengan suhu 170F selama 20 minit.
  8. P/s* Untuk inti bun, kalau tak nak inti kacang merah, boleh masukkan inti daging ker, sekaya ker...ikut citarasa anda dan keluarga...