20 Ogos 2010

Ikan Sepat Kering Masak Cabai



Salam kawan2..hari nih ros nak syerkan ngan kwn2 resepi masakan kat atas nih..erm..salah satu juadah berbuka ros sefamily ari nih ya...jom kita tgk resepinya ya...

Ikan Sepat Kering Masak Cabai
Bahan-bahan
4 ekor ikan sepat kering
4 sudu makan cili mesin
3 sudu makan sos cili
2@3 sudu makan sos tiram
2bj tomato - dibelah empat ya setiap satu bj
3 ulas bwg merah - dimayang *
3 ulas bawang putih - dimayang juga *
1 ulas bawang besar - dimayang *
garam secukup rasa (optional)
sedikit gula..kalau nak rasa masam2 masin mcm tu ya..
sedikit belacan - itupun ikut suka,nak letak takpa,tak nak letak pun takpa
myk utk menumis dan menggoreng

Cara-caranya
1.Rendamkan sekejap ikan sepat masin tuh ya sb namapun ikan masinkan..tp terpulang masing2..kalau nak rasa masin ikan tuh dan dah tak mau letak garam..bolehlah basuh jer ikan tuh..dan terus menggoreng sehgga agak2 garing.
2.Toskan ikan tersebut dan ketepikan.
3.ambil semua bhn2 yg bertanda * dan goreng sehgga kekuningan
4.Kemudian masukkan cili mesin,cili sos dan sos tiram..kacau hingga sebati
5.Masukkan belacan,gula dan garam(kalau dah masin,tak yah letak dah ya garam)
6.Kacau hingga sebati dan keluar myk sedikit.
7.Kemudian,bolelah msukkan ikan kering sepat td yg dah digoreng.
8.Lastly masukkankan tomato dan gaul sedikit agak2 sebati dan bolehlah dihidangkan..Taraaaa....

P/s:ros jugak tdk terlalu ikut sukatan sgt ya resepi diatas..jd pepandai2lah adjust ya mengikut citarasa masing2...:)